Buluh perindu

Buluh perindu (Bambusa magica)[1] ialah sejenis buluh kecil yang mengeluarkan bunyi merdu apabila ditiup angin. Oleh kerana itu, ia sering dijadikan seruling dan merupakan nama seruling tersebut. Atas sebab yang sama, buluh perindu juga boleh membawa maksud bunyi atau suara yang merdu.Selain itu, buluh perindu adalah buluh kecil seperti ijuk yang biasanya berasal daripada hati rumpun bambu yang dihuni oleh kuntilanak ato gendurowo,[perlu rujukan] atau dari sarang burung Lang Rajawali atau helang yang memiliki jenis kelamin jantan dan betina.[perlu rujukan] Manfaatnya, antara lain sebagai ubat pengasih dan pelaris.